Jadual Rawatan

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2016
MASA : 10.00 AM - 2.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI BANDAR BARU NILAI NEGERI SEMBILAN.

TARIKH : SETIAP HARI RABU
MASA : 8.00 PM - 11.00 PM
TEMPAT : CAWANGAN SRI MANJUNG, PERAK.

TARIKH : 1 OKTOBER 2016
MASA : 9.00 AM - 5.00 PM
TEMPAT : TMN PSJ, SG. KARANG BESERAH, DI BELAKANG PASARAYA TMG, KUATAN, PAHANG.

TARIKH : 23 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : SURAU AS-SOLIHEEN, TAMAN DESA SOLEHAH KAMPUNG MAK CHILI, KEMAMAN, TERENGGANU.

TARIKH : 30 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI NILAI NEGERI SEMBILAN.

Tuesday 25 June 2013

Rawatan Susulan Di Terengganu....

Bismillahi Rahmani Rahim.

Alhamdulillah ditinggikan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt atas nikmat kurniaan-Nya yang tidak terhitung. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda, seluruh sahabat dan ikutan, serta seluruh ummat Islam.

Alhamdulillah, pada minggu lepas, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi dengan kerjasama Sinar Harian serta The Red Warriors kawasan Paka, turun ke Felda Kerteh 6, bagi melaksanakan tanggungjawab sosial dengan mengadakan sesi gotong royong beramai-ramai di masjid dan mengadakan sesi rawatan Islam secara percuma.

Alhamdulillah dengan izin Allah swt. sambutan oleh masyarakat Felda Kerteh 6 amat menggalakkan khususnya, dan masyarakat Terengganu amnya. Ada juga pesakit yang datang dari luar Terengganu termasuk Pahang dan juga dari Kuala Lumpur.

Rentetan daripada sambutan di luar jangkaan itu, sekali lagi Pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan sesi rawatan susulan. Ini kerana ada pesakit yang tidak dapat mendapat rawatan pada hari sebelum ini, ada yang mengalami sakit keturunan (saka) yang memerlukan rawatan susulan dan sebagainya. Tujuang susulan ini diadakan adalah untuk menjamin setiap pesakit yang datang mendapatkan rawatan benar-benar sembuh. Insya Allah.

Oleh yang demikian, rawatan susulan akan diadakan seperti mana berikut :

TARIKH : 5 JULAI 2013 (JUMAAT)
MASA    : 3.00 PM (selepas solat Jumaat)
TEMPAT: SEK. REN. AGAMA KERTEH 6.

Sehubungan dengan itu, bagi sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan pada hari dan tarikh di atas, hendaklah sms nama dan alamat kepada 013-9609268 atau 019-4601205. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi nombor telefon yang tertera di atas.

sekian
Admin at-tobibi

"Berbakti Untuk Keharmonian Ummah"

Monday 24 June 2013

RAWATAN DI TERENGGANU....(30 tahun derita sakit misteri)

WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Jun 2013

30 tahun derita sakit misteri
Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Ustaz Sahamsuri Shafie (kiri) sedang merawat kanak-kanak sempena program khidmat sosial bersama Sinar Harian di Masjid Felda Kerteh 6, pagi semalam.

DUNGUN – “Ini mungkin kali terakhir makcik jumpa pengamal perubatan untuk anak,” luah Che Mas Jusoh, 58, penduduk Felda yang menyertai program khidmat sosial bersama Sinar Harian dan Pusat Rawatan Islam At-Tobibi dekat sini, pagi semalam.

Che Mas berkata, anak perempuannya, Wan Masdiah Wan Razali, 33, sudah lebih 30 tahun menghidapi penyakit misteri.

Katanya, anak gadisnya itu menderita sakit sejak berumur 14 tahun dan sehingga kini dia masih belum menemui penawarnya biarpun sudah lebih 200 pengamal perubatan tradisional ditemui.

“Sebut sahaja di mana ada bomoh, makcik akan pergi, cuma Sabah Sarawak sahaja yang belum sampai.

"Namun keadaannya tetap sama sehinggalah makcik baca surat khabar mengatakan ada kaedah rawatan tradisional di sini,” katanya yang tinggal di Felda Kerteh 6.

Menurut Che Mas, sejak anaknya jatuh sakit, dia membelanjakan hampir kesemua wang simpanannya untuk mengubati anak gadisnya itu.

“Kali ini makcik pasrah pada Tuhan dan berdoa biarlah dia menemui penawarnya," katanya yang turut ditemani suami, Wan Razali Wan Omar, 62.

Khatijah Hamzah, 63, pula menyifatkan usaha Sinar Harian membawa pengamal perubatan Islam itu ke kawasan tanah rancangan Felda amat dihargai.

Dia yang turut membawa anak perempuannya, Marini Mahdi, 32, yang berpenyakit misteri sejak berusia 6 tahun berharap agar kaedah rawatan itu dapat menyelesaikan masalah yang menimpa.

“Sepanjang lebih 30 tahun tinggal di kawasan Felda, inilah kali pertama pengamal perubatan Islam datang ke sini.

“Jadi makcik tak lepaskan peluang ini untuk mencuba nasib, yang penting kita berikhtiar," katanya.

Sinar Harian dengan kerjasama Pusat Rawatan Islam At-Tobibi mengadakan program khidmat sosial merawat pelbagai jenis penyakit di Masjid Felda Kerteh Enam, dekat sini, pagi semalam.

Kira-kira 200 penduduk, kebanyakannya adalah masyarakat peneroka hadir untuk mencuba kaedah tradisional itu.

-Admin Attobibi

Tuesday 18 June 2013

Rawatan Perdana Untuk Warga Terengganu.

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah swt kerana masih lagi diberi ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda, para sahabat, ikutan. Tidak lupa juga buat imam kami, As-Syafie, guru-guru kami, terutama Syeikh Wahid bin Abdussalam Bali, dan kepada kedua ibu bapa kami serta serta seluruh ummat Islam.

Alhamdulillah, Pusat Rawatan Islam dengan kerjasama Akhbar Sinar Harian dan The Red Warriors Terengganu akan mengadakan khidmat bakti dan rawatan perdana khusus untuk rakyat Terengganu. Rawatan akan diadakan seperti mana berikut:

Tarikh : 22 Jun 2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 am - 3.30 pm
Tempat : Masjid Mukim Felda Ketengah 6, Dungun Terengganu.

Insya Allah, bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan yang berkaitan dengan penyekit misteri, gangguan makhluk halus, saka, santau dan sebagainya, serta penyakit hospital seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, dan sebagainya lagi. Bagi mereka yang belum mendapat zuriat setelah berkahwin beberapa tahun juga diminta datang pada hari tersebut untuk mendapatkan rawatan.

Bagi sesiapa yang berminat untuk hadir pada hari dan tarikh tersebut diminta untuk membuat tempahan awal iaitu dengan sms nama dan alamat kepada 013-9609268 / 013-2898296 (Ust Shamsuri Safie) 019-4601205 (Ust Rozlan Daud). Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan rawatan perdana, boleh hubungi nombor di atas.

"Berbakti Untuk Keharmonian Ummah"

Sekian
Admin At-Tobibi

Sunday 9 June 2013

RAWATAN PADA 15 JUN 2013

Assalamualaikum wbt.

Bismillahi Rahmani Rahim

Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya hingga ke saat ini masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di alam dunia ini. Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat dan ummat Islam.

Alhamdulillah, pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan sesi rawatan di Nilai Negeri Sembilan seperti mana berikut:

Tarikh  : 15 JUN 2013

Tempat : Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Nilai Negeri Sembilan.
               PT 12167/3, Jln BBN 1/1, Bawah Putra Point, Bandar Baru Nilai

Masa   : 9.30 am - 3.00 pm


Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan pada tarikh dan masa berkenaan, sila hubungi Ustaz Shamsuri Safie (013-9609268) atau Ustaz Rozlan Daud (019-4601205) atau Mohd Zainul Arifin (013-9433372) untuk membuat tempahan rawatan. Rawatan adalah terhad kepada 50 orang pesakit untuk setiap sesi rawatan sahaja.

Siapa yang datang awal mendapat sesi rawatan awal. First Came First Serve....

Sekian Terima Kasih.

Admin At-Tobibi

BORANG TEMPAHAN PRODUK AT-TOBIBI

Name:
Email Address:
Set Barangan
Kuantiti
Alamat Terkini/Surat Menyurat
No Telefon
Lain-lain makluman

Click here to create your own form.