Jadual Rawatan

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2016
MASA : 10.00 AM - 2.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI BANDAR BARU NILAI NEGERI SEMBILAN.

TARIKH : SETIAP HARI RABU
MASA : 8.00 PM - 11.00 PM
TEMPAT : CAWANGAN SRI MANJUNG, PERAK.

TARIKH : 1 OKTOBER 2016
MASA : 9.00 AM - 5.00 PM
TEMPAT : TMN PSJ, SG. KARANG BESERAH, DI BELAKANG PASARAYA TMG, KUATAN, PAHANG.

TARIKH : 23 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : SURAU AS-SOLIHEEN, TAMAN DESA SOLEHAH KAMPUNG MAK CHILI, KEMAMAN, TERENGGANU.

TARIKH : 30 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI NILAI NEGERI SEMBILAN.

Monday 23 September 2013

Penundaan Tarikh Rawatan di Seri Manjung, Perak.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya dapat kita meneruskan kehidupan di dunia ini dalam meneruskan perjalanan menuju ke akhirat. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw. ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Pertama sekali, pihak At-Tobibi memohon maaf kepada pesakit yang telah membuat tempahan rawatan di Seri Manjung, Perak. Tarik rawatan pada 28 September 2013 (Sabtu) ditunda kepada tarikh yang akan diumumkan suatu masa nanti. Oleh yang demikian, rawatan pada 28 September 2013 ini dibatalkan atas urusan  rasmi yang tidak dapat dielakkan.

Sehubungan dengan itu, kami warga kerja Pusat Rawatan Islam At-Tobibi memohon jutaan kemaafan kepada semua yang ingin mendapatkan rawatan pada hari dan tarikh tersebut. 

Sekian,

"Berbakti Untuk Kesejahteraan Ummah"

Admin At-tobibi

Saturday 21 September 2013

Guna tandas surau setiap hari...

sumer Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/guna-tandas-surau-setiap-hari-1.204171

Guna tandas surau setiap hari
Wakil UMK, PKRJK, pengamal Pusat Rawatan Islam al-Tobibi dan Sinar Harian meninjau rumah yang didiami Marlina bersama 12 ahli keluarga yang lain.


RANTAU PANJANG – Rutin harian bagi 13 sekeluarga di Kampung Tersang pada setiap pagi, adalah ke surau yang terletak menyeberangi jalan raya.

Mereka ke sana bukanlah untuk menunaikan solat, sebaliknya membersihkan diri sebagai persiapan untuk ke sekolah mahupun bekerja.

Kesulitan hidup memaksa keluarga Marlina Ab Rahman, 33, menggunakan tandas di surau berkenaan sejak puluhan tahun lalu.

“Kami akan ke surau bergilir-gilir. Empat adik bersama tiga anak saya yang mahu ke sekolah akan mandi terlebih dahulu, kemudian barulah suami dan kedua orang tua saya.

“Sekiranya tak ada air di surau, barulah kami menggunakan tandas rumah saudara dekat sini,” katanya, semalam.

Sementara itu, Penyelaras Program Cakna Rakyat, Nik Shahrir Mohd Zaki berkata, Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) amat bersimpati dengan keadaan yang dihadapi Marlina sekeluarga.

“Marlina bukan sahaja mempunyai dua anak yang sakit, malah kehidupan bersama ibu bapa dan adik-beradik yang lain amat membebankan.

“Kami berharap dapat menyediakan kemudahan tandas dan bilik air untuk keperluan asas mereka sekeluarga,” katanya.

Menerusi program PKRJK bersama Sinar Harian ini, Nik Shahrir berkata, ia adalah program kebajikan untuk masyarakat.

Berbeza dengan program sebelum ini katanya, PKRJK memberi fokus utama kepada golongan marhaen dan pesakit kronik.

“Program seumpama ini akan diteruskan untuk pelbagai golongan masyarakat, sesuai dengan kedudukan sebagai pertubuhan bukan kerajaan yang dihormati,” katanya.

Sementara itu, wakil Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Razman Hafifi Redzuan berkata, peruntukan untuk membina tandas dan bilik air untuk keperluan keluarga terbabit telah diproses.

“Melihat kesusahan yang dihadapi oleh mereka, kita berjaya mengumpulkan dana daripada pelbagai pihak yang prihatin.

“Kita menjangkakan proses pembinaannya bermula pada November ini,” katanya.

Wednesday 18 September 2013

Jom Berbakti Bersama Kami....

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt, kerana diberi hidayah dan inayah yang menjadikan kita tetap di bawah kasih dan rahmat Allah swt. Selawat dan salam buat junjungan Mulia, Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda serta seluruh sahabat.

Alhamdulillah, hari ini Team At-Tobibi dengan kerjasama Sinar Harian Kelantan, Pertubuhan Kerabat Diraja Jembal Kelantan dan beberapa NGO lain tampil memberi bantuan dan sumbangan yang berbentuk rawatan, makanan keperluan, kewangan dan kelengkapan keperluan hidup di rumah serta lain-lain keperluan yang difikirkan perlu kepada sebuah keluarga yang mengalami penyakit misteri.

Penderitaan keluarga tersebut telah sekian lama, namum mendapat perhatian akhbar Sinar Harian dan beberapa agensi lain untuk membantu meringankan beban keluarga tersebut. Penderitaan yang dialami oleh keluarga berkenaan menarik perhatian Pusat Rawatan Islam At-Tobibi untuk mengkaji penyakit misteri yang dialami sekian lama.

Menurut pengasa Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Ustaz Datuk Shamsuri Safie yang turut menyertai sesi "Ziarah Kasih" ini, penyakit yang dialami keluarga berkenaan adalah berkaitan dengan saka. Hal ini kerana penyakit berkenaan bukan sahaja pertama kali berlaku, cuma yang membezakan ialah mangsa yang dialami. Jika sebelum ini, penderitaan hanya dialami oleh orang dewasa, namun kali ini penderitaan dialami oleh kanal-kanak yang berusia tiga bulan. 


Menurut ibu mangsa, anaknya mengalami penyakit misteri tersebut bermula pada usianya tiga bulan. Kanak-kanak tersebut tidak dapat tidur dengan lena dan selalu menangis menyebabkan ibunya tidak dapat melakukan apa-apa kerja. Alhamdulillah setelah mendapat rawatan daripada Ustaz Shamsuri, adik Lia Nur Zahirah tidak menangis dan terus lena tidur.


Sehubungan dengan itu, Ustaz Shamsuri juga menasihati semua masyarakat diluar sana, jangan mudah terpedaya dengan "bomoh" sekiranya mengalami penderitaan akibat gangguan makhluk halus. Tetapi lebih mencari perawat yang mengamal rawatan secara Islam. Ini kerana bomoh bukan sahaja melakukan kesyirikan kepada Allah swt., tetapi turut menjadikan pesakit tersebut juga melakukan kesyirikan kepada Allah swt.


 Ustaz Dato' Shamsuri merawat Lia Nur Zahirah yang mengalami penderitaan sakit misteri yang menemui jalan buntu di hospital



 Tangkal yang dipakaikan pada lehir adik Lia Nur Zahirah dipotong dan dibuang untuk memastikannya mendapat rawatan berasaskan Islam dan syariat


 Penderitaan yang dialami oleh mangsa mendapat perhatian ramai pihak yang tampil untuk membantu


 Abang kepada adik Lia Nur Zahirah yang mengalami masalah penyakit misteri turut sama mendapat rawatan daripada pengamal perubatan Islam, Ustaz Dato' Shamsuri


 Sumbangan diberikan bagi membantu meringankan beban dan penderitaan yang dialami oleh keluarga adik Lia Nur Zahirah


 Ustaz Shamsuri menyampai sumbangan kepada keluarga mangsa untuk meringankan beban keluarga.


Ustas Shamsuri melawat bahagian dapur rumah adik Lia Nur Zahirah yang ketiadaan keperluan asas seperti tandas dan bilik mandi.


Sehubungan dengan itu, pihak At-Tobibi mengalu-alukan kepada mereka diluar sana yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga berkenaan atau sesiapa sahaja melalui program "Ziarah Kasih" kerjasama antara Kumpulan Sinar Harian Kelantan, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi dan beberapa NGO lain. Sumbangan anda amat-amat diperlukan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bagi mereka yang ingin menyumbang, boleh menghubungi pihak pengurusan At-Tobibi atau menyalurkan ke:
AKAUN BANK ISLAM

14069010022407

ATAS NAMA PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI

Sumbangan anda akan disalurkan kepada mereka yang amat memerlukan melalui beberapa siri program yang akan dilaksanakan.

Khusus kepada rakyat Kelantan, insya Allah, pada sabtu ini (21 September 2013) akan diadakan rawatan Islam di Kg. Kuala Ayer Merah, Jalan Bukit Bakar, Machang, Kelantan. Untuk itu, sesiapa yang ingin mendapat rawatan pada hari dan tarikh tersebut, bolehlah datang.

Sekian.

"Berkorban Demi Kesejahteraan Ummah"

Sunday 15 September 2013

Sumbangan Koperat Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Dengan Kerja sama Beberapa NGO Lain.

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah swt. kerana dengan limpah kurnia hidayah dan rahmat-Nya yang tidak terhingga kepada kita. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat serta guru-guru yang banyak memberi tunjuk ajar. Tidak lupa juga buat kedua ibu bapa dan seluruh ahli gerak kerja Pusat Rawatan At-Tobibi.

Alhamdulillah, untuk tahun 2012 dan 2013, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi berjaya menjadikan sebuah badan bukan kerajaan NGO yang tampil memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Bukan sahaja sumbangan di dalam bidang rawatan, malah sumbangan kepada keperluan hidup bagi meringankan beban mereka yang teramat memerlukan.

Antara mereka yang mendapat sumbangan termasuklah fakir miskin, anak-anak yatim, orang-orang tua, pelajar-pelajar dan pihak-pihak yang teramat memerlukan.


Tahun 2012 : Sumbangan beras dan keperluan kepada penduduk kampung Bilal Talib, Pulai Chondong, Machang Kelantan.

Ustaz Shamsuri menyampaikan beras kepada salah seorang penduduk Bilal Talib menerusi sumbangan koperat Pusat Rawatan At-Tobibi


Turut menyampaikan Adun Pulai Chondong, Hj Zulkifli Bin Mamat.


Tahun 2012 : Pembinaan Surau, Bagi Mengantikan Surau Lama di Pulai Chondong, Machang Kelantan.


Jentolak digunakan bagi meruntuhkan surau lama untuk digantikan dengan surau baru. Keseluruhan pembinaan surau ditanggung oleh Pusat Rawatan Islam At-Tobibi.

Kerja-kerja pembinaan surau giat dilakukan.
Alhamdulillah, surau ini siap dibina sepenuhnya pada bulan Ramadhan tahun 2012 dan selamat digunakan untuk penduduk kampung melaksanakan solat fardu, solat tarawih dan solat hari raya.


Bagi tahun ini, 2013, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi meningkatkan lagi usaha untuk memberi sumbangan dan bantuan kepada mereka yang sangat memerlukan demi melihat mereka turut sama-sama bergembira.


Tahun 2013: Sumbangan Ihya' Ramadhan Bersama Sinar Harian.

Ustaz Shamsuri Bersama Team At-Tobibi diiringi Pengurus Sinar Harian Cawangan Kelantan, meraikan anak-anak yatim dan miskin menerusi program Ihya' Ramadhan.



Ustaz Shamsuri Mencuba baju raya kepada salah seorang kanak-kanak yang mengikuti program Ihya' Ramadhan sinar Harian. Turut memerhatikan, Pengurus Sinar Harian Kelantan, Pn. Surena.




Tahun 2013 : Sumbangan kepada keluarga kanak-kanak istimewa yang lahir dalam keadaan "khunsa" (mempunyai dua alat kelamin). Sumbangan bagi meringankan beban kanak-kanak tersebut menjalankan pembedahan alat kelaminnya.


Ustaz Shamsuri menyampaikan sumbangan kewangan dan beberapa produk At-Tobibi.



Tahun 2013: Membantu salah seorang yang mengalami masalah mental sempena kedatangan Hari Raya Aidil Fitri.


Ustaz Shamsuri menyampaikan sumbangan kewangan kepada salah seorang warga emas yang mengalami masalah mental sempena kedatangan Hari Raya Aidil fitri yang hampir tiba.


Tahun 2013: Sumbangan membaikpulih rumah di Pasir Mas, Kelantan.


Ustaz Shamsuri berada dihadapan rumah yang akan dibaik pulih. Turut hadir Timbalan Pengarah Kumpulan Karangkraf, En.Nasir (dua dari kiri) dan Pengurus Sinar Harian Kelantan, Pn.Surena.


Ustaz Shamsuri menyampaikan sumbangan kewangan dan barang keperluan bagi membantu pemilik rumah untuk membaiki keadaan rumah yang serba keuzuran. Turut memerhatikan, Timbalan Pengarah Kumpulan Karangkraf, En. Nasir.


Sehingga bulan Ogos 2013, pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pusat Rawatan Islam At-Tobibi bagi membantu meringakan beban mereka yang sangat memerlukan.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada mereka yang turut sama membantu bersama-sama pusat Rawatan Islam At-Tobibi sama ada secara langsung atau pun tidak langsung bagi membantu menjalan aktiviti amal ini. Semoga Allah swt. memberkati dan membalas segala jasa baik kalian.

Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan atau ingin mewakilkan kepada pusat Rawatan Islam At-Tobibi untuk turut sama-sama membantu mereka yang memerlukan, bolehlah menyalurkan kepada akaun Pusat Rawatan Islam At-Tobibi sepertimana berikut:

AKAUN BANK ISLAM

14069010022407

ATAS NAMA PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI


Sumbangan anda amat memerlukan bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Ingatlah, sebaik-baik pelaburan ialah SAHAM AKHIRAT yang terus berkekalan mendapat ganjaran daripada Allah swt.

Akhir kata, apa yang baik itu daripada Allah swt, dan yang lemah dan kurang itu daripada pihak kami. Semoga Allah swt memberkati segala kerja buat kita semua dan membalas setiap kebaikkan dengan kebaikkan yang berlimpah. Kerana Allah swt jualah sebaik-baik pembalas.

Sekian.

"Membantu Demi Kesempurnaan Ummah"

Rawatan Di Machang, Kelantan.

Bismillahi Rahmani Rahim.

Alhamdulillah ditinggikan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt atas nikmat kurniaan-Nya yang tidak terhitung. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda, seluruh sahabat dan ikutan, serta seluruh ummat Islam.

Insya Allah, dikesempatan yang dikesempatan yang diberikan oleh Allah swt., Pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan "Rawatan Khas" di Machang, Kelantan. Rawatan akan diadakan sepertimana berikut:

TARIKH : 21 September 2013
MASA    : 10.00 am - 3.00pm
TEMPAT: Surau Kg. Kuala Air Merah, Jalan Bukit Bakar, Machang, Kelantan.

Sehubungan dengan itu, bagi sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan pada hari dan tarikh di atas, hendaklah sms nama dan alamat kepada 013-9609268 atau 019-4601205 atau 013-9433372. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi nombor telefon yang tertera di atas.

sekian
Admin at-tobibi

"Berbakti Untuk Keharmonian Ummah"

BORANG TEMPAHAN PRODUK AT-TOBIBI

Name:
Email Address:
Set Barangan
Kuantiti
Alamat Terkini/Surat Menyurat
No Telefon
Lain-lain makluman

Click here to create your own form.